Ketika saya ingin melanjutkan pelajaran di IPTA dalam bidang pengurusan pelancongan, ramai di antara saudara dan rakan yang memberikan respon yang kurang menarik hendak di dengar. Ada yang mengatakan, "lepas habis belajar di dalam bidang pelancongan nak kerja apa ya" kepada saya. Semakin di tentang oleh masyarakat, saya lihat semakin ramai yang menceburkan diri ke bidang pengurusan pelancongan.
Untuk pengetahuan umum, bidang pengurusan pelancongan ini bukan hanya mempelajari pelancongan semata-mata sahaja, malahan ilmu matematik, prinsip akaun, undang-undang, pengurusan, bahasa inggeris, agama islam (bagi yang memasuki IPTA) dan yang lain adalah berkaitan dengan pelancongan.
Dari bidang yang saya nyatakan di sini, anda sudah dapat mengagak apakah kerja yang sesuai bakal anda mohon. Jadi soal kerja apa untuk bidang pengurusan pelancongan, adalah tidak timbul, kerana apa yang saya lihat bidang pelancongan ini terlalu luas pekerjaannya yang boleh di pohon.
Sekiranya seseorang yang telah tamat pengajian di dalam bidang pengurusan pelancongan hendak bekerja di hotel-hotel, saya rasa ia tidak menyalahi undang-undang agama selagi ia kerja yang halal. Ramai menganggap kerja di hotel di pandang rendah kerana atas sebab pergaulan tanpa batasan. Sebenarnya ia adalah bergantung pada diri individu masing-masing. Sekiranya ia bekerja di bar sekali pun, jika niatnya tidak mahu meminum alkohol ia tidak akan berlaku. Ramai yang saya tengok, dapat membawa imej keislaman di dalam bidang perhotelan.
Jadi, sekiranya anda seorang penuntut yang mengambil bidang pelancongan, anda tidak perlu risau dengan kata-kata orang di luar sana. Anda perlu jadi diri anda yang sebenarnya, tidak perlu memandang kata-kata negatif orang tentang bidang pelancongan ini. Jika kita membawa imej bersih apa yang mereka boleh katakan kepada kita.
Saya telah menceburi bidang perhotelan selama 2 tahun lebih, alhamdulillah, saya dapat menepis kata-kata orang tentang keburukan bekerja di hotel. Malahan mereka lebih menghormati saya bekerja di hotel kerana pelancongan ini sendiri mengajar kita erti kehidupan yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Jika anda tidak percaya, bolehlah anda melakukan pekerjaan part time di mana-mana hotel yang berhampiran dengan rumah anda.
Saya berharap perkongsian ini dapat membuka minda sesetengah masyarakat tentang bidang pelancongan ini.
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Thanks for the info. Sy sedang melanjutkan elajaran dlm bidang pengurusan pelancongan
selain dari kerja perhotelan apa lgi ya??
Saya nak tanya basic salary awk after diploma boleh dapat berapa?
Saya mmg sgt2 berminat dalam bidang pelancongan. Saya lepasan stpm 2014, jd sy ada pohon bidang pelancongan di ums. Kalau ada rezeki In Shaa Allah akan pursue degree dlm bidang tu.
info yang sangat menarik. dngan berfikiran trbuka dan minda yg positif, kita dpt ktegorikan krja dlm bidg pelancogn ini adlh slh stu krja yg baik dn boleh bwa income on the future. sy sdri tlh tmat pngjian prgkt dploma dn krja di sbuah trvl agncy di kL thn lps, basic stating rm1,5++. tpi dpt krja slma 4buln sjha, sbb sy dpt twrn smbung stdy dlm degree tourism di UMT, trgnu.
Salamm..nak tanya, klau habis degree tourism..prospek kerjaya dia mcm mna ya?
Salamm..nak tanya, klau habis degree tourism..prospek kerjaya dia mcm mna ya?
Post a Comment