Tanpa khidmat yang dicurahkan oleh golongan pekerja ini, pastinya perjalanan sesebuah hotel tidak lancar. Ini kerana hanya dengan khidmat mereka, segala urusan berkaitan kebersihan yang melibatkan mengemas bilik hotel, menukar tuala, sabun mandi, syampu atau kertas tandas yang baru dan lain-lain hanya dilakukan oleh mereka yang berkhidmat di bahagian housekeeping.
Menyedari pentingnya tenaga kerja mereka dalam industri perhotelan, hotel Hilton Petaling Jaya (PJ Hilton) mengadakan majlis khas bagi menghargai sumbangan kumpulan pekerja ini.
Menurut kenyataan PJ Hilton, majlis itu diadakan sempena sambutan Minggu Housekeeping Antarabangsa di hotel tersebut baru-baru ini.
Sambutan ini diadakan bagi menghargai ketekunan pasukan housekeeping yang terdiri daripada tukang cuci, atendan bilik, mereka yang bertanggungjawab di bahagian cuci pakaian, pakaian seragam dan linen.
Untuk cuba memahami cabaran fizikal mengenai tugas kakitangan houskeeping hotel, pengurus-pengurus di PJ Hilton 'turun padang' dengan menyingsing lengan bagi 'mengambil alih' rutin harian pekerja housekeeping seperti mengemas katil, mengambil pesanan tetamu dan menghantar tuala mandi di 553 bilik tetamu hotel berkenaan pada hari sambutan itu.
Tidak ketinggalan, ada juga pengurus yang cuba menyahut cabaran membersihkan bilik tetamu. Jane Wong, pembantu peribadi kepada Pengurus Besar PJ Hilton mengambil alih tugas sebagai atendan bilik yang biasanya membersihkan 18 buah bilik setiap hari.
Sebelum ini, katanya, beliau tidak pernah tahu bagaimana membersih dan menukar cadar bagi katil bersaiz besar.
Sepanjang program itu juga, sebanyak 17 pekerja housekeeping dihargai kerana rekod kehadiran penuh sepanjang tahun.
Malah ada di antara mereka yang mencatat kehadiran penuh sejak 10 tahun lalu.
Bintang dalam pasukan itu adalah Anson Othman, atendan bilik di hotel tersebut selama 17 tahun. Beliau dipilih sebagai pekerja terbaik oleh tetamu menerusi surat pujian yang diterima oleh pihak hotel.
Sehingga kini, PJ Hilton mempunyai 92 orang pekerja housekeeping dengan 40 daripadanya telah berkhidmat lebih 10 tahun.
Eksekutif Housekeeper PJ Hilton, Norashikin Yusoff berkata, kunci utama untuk mengekalkan rekod perkhidmatan yang lama bersama ahli pasukan ialah menyediakan satu persekitaran di mana individu berasa gembira untuk bekerja setiap hari.
"Kami sentiasa mengekalkan sikap terbuka dan komunikasi mesra di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat termasuk saling hormati menghormati.
Friday, October 24, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Ada Apa Dengan Pelancongan...
Ketika saya ingin melanjutkan pelajaran di IPTA dalam bidang pengurusan pelancongan, ramai di antara saudara dan rakan yang memberikan respon yang kurang menarik hendak di dengar. Ada yang mengatakan, "lepas habis belajar di dalam bidang pelancongan nak kerja apa ya" kepada saya. Semakin di tentang oleh masyarakat, saya lihat semakin ramai yang menceburkan diri ke bidang pengurusan pelancongan.
Untuk pengetahuan umum, bidang pengurusan pelancongan ini bukan hanya mempelajari pelancongan semata-mata sahaja, malahan ilmu matematik, prinsip akaun, undang-undang, pengurusan, bahasa inggeris, agama islam (bagi yang memasuki IPTA) dan yang lain adalah berkaitan dengan pelancongan.
Dari bidang yang saya nyatakan di sini, anda sudah dapat mengagak apakah kerja yang sesuai bakal anda mohon. Jadi soal kerja apa untuk bidang pengurusan pelancongan, adalah tidak timbul, kerana apa yang saya lihat bidang pelancongan ini terlalu luas pekerjaannya yang boleh di pohon.
Sekiranya seseorang yang telah tamat pengajian di dalam bidang pengurusan pelancongan hendak bekerja di hotel-hotel, saya rasa ia tidak menyalahi undang-undang agama selagi ia kerja yang halal. Ramai menganggap kerja di hotel di pandang rendah kerana atas sebab pergaulan tanpa batasan. Sebenarnya ia adalah bergantung pada diri individu masing-masing. Sekiranya ia bekerja di bar sekali pun, jika niatnya tidak mahu meminum alkohol ia tidak akan berlaku. Ramai yang saya tengok, dapat membawa imej keislaman di dalam bidang perhotelan.
Jadi, sekiranya anda seorang penuntut yang mengambil bidang pelancongan, anda tidak perlu risau dengan kata-kata orang di luar sana. Anda perlu jadi diri anda yang sebenarnya, tidak perlu memandang kata-kata negatif orang tentang bidang pelancongan ini. Jika kita membawa imej bersih apa yang mereka boleh katakan kepada kita.
Saya telah menceburi bidang perhotelan selama 2 tahun lebih, alhamdulillah, saya dapat menepis kata-kata orang tentang keburukan bekerja di hotel. Malahan mereka lebih menghormati saya bekerja di hotel kerana pelancongan ini sendiri mengajar kita erti kehidupan yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Jika anda tidak percaya, bolehlah anda melakukan pekerjaan part time di mana-mana hotel yang berhampiran dengan rumah anda.
Saya berharap perkongsian ini dapat membuka minda sesetengah masyarakat tentang bidang pelancongan ini.

Tuesday, September 2, 2008
Tawaran Penginapan Resort 1 Sep - 30 Sep 2008
Anda ingin ke Langkawi pada bulan puasa ini?
Mungkin anda pergi ke Langkawi atas dasar kerja, melancong atau suka-suka..
Menginaplah di Langkawi Lagoon Resort, kerana ia menawarkan harga istimewa yang cukup hebat pada bula ramadhan ini!
Anda tahu berapakah diskaun yang anda perolehi pada bulan ramadhan ini?
Diskaun penginapan di resort bertaraf 4 bintang adalah 50%..
Ya...50% diskaun yang di berikan oleh Langkawi Lagoon Resort...Rebutlah peluang ini..
Deluxe Hill View = RM 360 harga asal RM 710
Deluxe Sea View = RM 410 harga asal RM 765
Junior Suite Hill View = RM 460 harga asal RM 820
Junior Suite Sea View = RM 510 harga asal RM 875
Junior Family Suite = RM 560 harga asal RM 930
Studio Suite = RM 610 harga asal RM 985
Executive Studio Suite = RM 660 harga asal RM 1040
Deluxe Studio Suite = RM 710 harga asal RM 1095
* Harga bilik adalah untuk 2 orang sahaja
* Harga bilik termasuk sarapan pagi / sahur untuk 2 orang
* Harga ini adalah untuk "walk in rate" sahaja
* Resort juga ada menyediakan buffet ramadhan RM 35 seorang
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Langkawi Lagoon Resort :-
Tel : 04-955 8181
Fax : 04-955 8881
email : rsvp_langkawilagoon@time.net.my
web : www.langkawilagoonresort.com
-Melancong Cara Jimat Adalah Pelancong Yang Bijak-

Friday, August 1, 2008
Tips Pelancongan - Siri 1
Masih ramai lagi yang tidak tahu apakah waktu standard patut seseorang itu check in dan check out untuk penginapan yang mereka duduki. Waktu standardnya check in adalah pukul 2 petang dan check out adalah 12 tengahari.
Akan tetapi ia bergantung pada sesebuah hotel dan resort untuk menetapkannya. Sekiranya anda tiba awal di hotel berkenaan dan tidak mempunyai bilik, anda perlu memahami. Walaupun anda telah membuat penempahan 1 tahun yang lepas sekali pun, jika bilik di jual pada hari semalamnya adalah 100%, anda hendaklah faham keadaan sebenar. Tiada hotel yang tidak membenarkan anda check in awal jika benar bilik itu ada.
Manakala masa check out, jika anda inginkan sedikit lewat untuk keluar dari hotel, sebaiknya anda telefonlah dulu ke reception untuk mengesahkan anda dibolehkan check out lewat. Bila anda check out lewat mengikut sesuka hati anda dengan ini pihak hotel juga tidak teragak-agak untuk mengenakan bayaran check out lewat dengan kadar yang mereka ada.
*Ikuti tips-tips pelancongan pada siri yang berikutnya.

Thursday, July 31, 2008
Pelancong Arab Paling Sukar Berurusan
Adakah anda pernah bekerja dengan orang arab atau berurusan dengan orang arab mengenai apa-apa sahaja? Bagi mereka yang pernah mengalami sudah pasti tahu apakah ramuan yang patut dilakukan, mereka yang belum pernah mengalami, saya ada cerita hendak berkongsi bersama.
Di dalam berurusan dengan kaum arab ini hanya 10% sehingga 20% sahaja yang boleh di terima pakai, yang lain semua hanya mengikut kehendak mereka yang kadang-kadang kita fikirkan ia memang tidak masuk akal. Orang arab adalah satu kaum yang di lahirkan dengan sifat yang keras hati dan mempunyai ego tinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka datang ke negara kita di penuhi dengan komen-komen yang negatif sahaja.
Mari saya kupaskan mengapakah saya bercakap begitu. Bermula bulan Julai sehingga datangnya Ramadhan ini, negara kita akan di banjiri pelancong dari negara arab. Mereka yang datang kebanyakkan adalah untuk berbulan madu. Perkara pertama semasa mereka mendaftar pakej pelancongan mereka di janjikan pakej berbulan madu yang paling bagus dan murah boleh didapati. Secara logiknya adakah dengan berbelanja sedikit anda boleh berbulan madu di resort 4 atau 5 bintang? Jika anda ada cara-cara tertentu sahaja anda boleh mendapatkan harga yang istimewa.
Disebabkan mereka terlalu berkira untuk mengeluarkan duit, semua pakej yang di ambilnya hendak mendapat diskaun hatta tambang kapal terbang, feri, bas dan teksi. Tambang-tambang ini bukanlah di tetapkan oleh individu secara persendirian, ia telah di tetapkan oleh Kementerian sendiri. Soal diskaun atau tidak adalah bergantung pada promosi sesuatu tempoh bukannya kerana ia adalah pelancong berbulan madu maka wajib mendapat diskaun di setiap tempat yang berbayar.
Seperkara lagi, orang arab bila ia hendakkan sesuatu mestilah kita tunaikan dengan segera, lambat sikit umpama "bertelur sebiji riuh sekampung", akan tetapi bila kita menunggu mereka, katanya 5 minit di akhir sekali 30 minitlah jawabnya. Bila sudah tertinggal sesuatu perkhidmatan atas kecuaian sendiri kita yang disalahkan dan diminta membuat ganti rugi kepada beliau. Alangkah malangnya sesiapa yang menguruskannya.
Perkara terakhir yang ingin dikongsikan adalah mereka ini adalah suatu kaum yang boleh dikatakan suka melihatkan sesuatu benda itu meriah seperti membeli pakaian atau menjamu makanan. Mereka suka membazir yang teramat keterlaluan, jika mereka mampu bayar sekali pun mereka adalah datang dari agama Islam, bukankah amalan membazir itu datang dari syaitan sendiri. Tepuk dada tanyalah hati sendiri. Barangan sudah banyak di beli, datang berdua ada 5 beg dan berat setiap 1 beg di anggarkan 30kg ke atas. Pastikan anda yang mengangkat beg-beg mereka dengan cara yang betul agar tulang dan otot anda tidak tercedera.
Akhir kata, anda seorang yang bakal berhadapan dengan pelancong arab. Nasihat saya bersabarlah bila berurusan kerana kerenah mereka dan angkat kaki jika anda sudah tidak suka dengan perangai mereka, usahlah anda berlawan balik dengan mereka, saya pasti anda akan kalah di dalam menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka ;)

Wednesday, July 30, 2008
Sejarah Kembara Mahkota Johor

Cetusan idea untuk Program Kembara Melawat Johor adalah ilham daripada D.Y.A.M. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj sendiri. Program Kembara yang dimulakan pada tahun 2001 adalah hasil daripada keinginan Tunku Mahkota untuk meninjau keadaan rakyat jelata. D.Y.A.M. Tunku Mahkota sendiri telah berusaha gigih demi memastikan program kembara ini dapat dijayakan dengan sempurnanya.
Sekiranya dahulu Raja atau Putera Raja sering mengembara berjumpa dengan rakyat menaiki gajah atau kuda tetapi kini disebabkan arus perubahan masa dan dengan adanya teknologi maka rombongan Kembara Mahkota Johor menaiki motosikal berkuasa tinggi. Walaupun berbeza pendekatan atau kenderaan yang digunakan namun matlamatnya adalah sama.
Pagi 2 Julai 2001 adalah detik permulaan Kembara Mahkota Johor pertama bermula. Program Kembara yang bercirikan mesra rakyat ini disertai oleh 28 konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dipimpin sendiri oleh D.Y.A.M. Tunku Mahkota. Ekspedisi sulung ini telah menjelajah sejauh 870 kilometer di beberapa daerah negeri Johor.
Kembara Mahkota Johor telah berlangsung selama empat tahun berturut-turut dan berbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan. Menurut En. Kamal Hisham Jaafar, Setiausaha Kembara Mahkota Johor, Program ini diatur oleh D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor supaya beliau dapat melihat kehidupan rakyat yang sebenar. Berbeza dengan program-program lain yang diatur oleh kerajaan, biasanya rakyat telah bersiap-siap menunggu dibalairaya atau tempat-tempat majlis dengan berpakaian baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)